ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA DAN CARA-CARA MEMBENDUNG MASALAH HUBUNGAN ETNIK DAN KAUM



DUA 6022
"KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM"

ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA PERLU DI BENDUNG UNTUK MENGELAKKAN MASALAH HUBUNGAN ETNIK DAN  KAUM.
BINCANGKAN BAGAIMANA CARA PENYELESAIANNYA.

NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN  : 
MOHD AIMY HAFIZ BIN AHMAD (02DKM15F1157)
MUHAMMAD AZFAR BIN MOHD ZULKIFLI (02DKM15F1120)
MUHAMMAD AMIRUL BIN AHMAD TAMIZI (02DKM15F1051)
MOHAMAD NABIL SYAFIQ BIN ABDULLAH LATIF (02DKM15F1002)

DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

KELAS : DKM5A




INDEKS




ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN
1
2.0 PENGENALAN
2
3.0 OBJEKTIF
3
4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM DAN ETNIK
4.1 Dasar pecah dan perintah British
4.2 Latar belakang pendidikan yang berbeza
4.3 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
4.4 Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara
4.5 Perbezaan agama dan budaya
4.6 Masalah ekonomi




4 - 8
5.0 KESAN-KESAN TERCETUSNYA RUSUHAN ETNIK
5.1 Kesan social
5.2 Kesan ekonomi
5.3 Kesan kepada integrity dan imej negara

9 - 10
6.0 CARA-CARA MENGATASI RUSUHAN ETNIK
6.1 Persepakatan diantara kaum
6.2 Bahasa dan cara berkomunikasi
6.3 Saranan dan pengaruh daripada ibubapa
6.4 Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan


11-14
7.0 KESIMPULAN
15
8.0 SUMBER DAN RUJUKAN
16
9.0 LAMPIRAN
17 - 18





1.0 PENGHARGAAN


Segala puji bagi Allah. Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,tuhan yang maha pemurah, lagi maha pengasih. Tuhan yang menguasai hari pembalasan. KepadaMu lah sahaja kami menyembah dan kepadaMu lah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai,dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Bersyukur kami dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan tugasan berkumpulan yang di amanahkan kepada kami. Tugasan yang diberikan oleh Ustaz Noor Zaidi iaitu pensyarah Komunikasi dan Penyiaran Islam kami.




2.0 PENGENALAN

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku social, perlakuan fizikal, sector pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literature, rasisme dan seumpamanya. Malaysia ialah salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum. Berdepan dengan hubungan etnik dan cabarannya. Untuk memahami persoalan hubungan kaum dan cabarannya,persoalan latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan kaum yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan kaum. Persoalan hubungan kaum perpaduan amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan amat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian kaum. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969 (Peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai  undang-undang tertinggi negara Malaysia.



3.0 OBJEKTIF

  • Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu perkauman
  •  Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.
  • Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.
  • Untuk mewujudkan nilai-nilai murni di dalam diri sendiri dan dalam kalangan masyarakat



4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM DAN ETNIK



4.1      Dasar Pecah Dan Perintah British

        Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

            British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat  melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung, masyarakat cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun dan  tinggal  di  bandar manakala  masyarakat  india  bekerja  sebagai penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang berdasarkan  kegiatan ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing. 
Kesannya, interaksi  antara  kaum  hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

         Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.

            Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.





4.2      Latar belakang pendidikan yang berbeza

            Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.

             Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.

          Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan.





4.3      Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

            PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .  Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.





4.4     Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

             Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.





4.5  Perbezaan agama dan budaya

        Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza,  Taoisme,  Conficius  manakala  kaum  india  beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga  mempunyai  kebudayaan  yang tersendiri.  Masalah  perpaduan  ini bukannya  bermula  disebabkan  agama  lain  tetapi akibat  dari  sikap  jahil terhadap  agama-agama  lain  hingga  banyak  perkara  yang dilakukan secara  tidak  sengaja  telah  menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.





4.6      Masalah Ekonomi

       Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara  kaum dan  menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  dan  persaingan ekonomi  secara  tidak  sihat. Ketidakseimbangan  ini  menyebabkan  setiap kaum  saling  mencemburui  satu  sama  lain. Orang  melayu  mencemburui kemewahan  dan  kejayaan  orang  cina  manakala  orang cina dan  india mencemburui  kelebihan  orang  melayu  yang  mendapat  peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.






5.0 KESAN-KESAN TERCETUSNYA RUSUHAN ETNIK



5.1 Kesan Sosial

Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

5.2 Kesan Ekonomi

Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.   

5.3 Kesan kepada Integriti dan Imej Negara

Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip Demokrasi. 





6.0 CARA-CARA MENGATASI RUSUHAN ETNIK



6.1 Persepakatan diantara Kaum :

Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.


6.2 Bahasa dan Cara Berkomunikasi :-

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan.


6.3 Saranan dan pengaruh daripada ibubapa :-

Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.



6.4 Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan :-

Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.




7.0 KESIMPULAN



         Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan Negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita. Agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. .Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin dahulu.



8.0 SUMBER DAN RUJUKAN


  •  http://c4-bmpengurusan.blogspot.com/
  • http:wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/dari-tanah-melayu-ke-penubuhanmalaysia/konflik-etnik-dan-ras/ 
  • http://www.angelfire.com/on2/ulchelah/MASALAH13MEI.html
  • http://www.scribd.com/doc/21216903/Pengajian-Malaysia
  • http://yazidothman.com/content/view/87/12/


9.0 LAMPIRAN

  • ANTARA KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN DENGAN PERKAUMAN DAN ETNIK DI MALAYSIA









  • PERISTIWA PERBALAHAN KAUM DI TANAH MELAYU PADA 13 MEI 1969


  







































Comments